PENDAHULUAN
Program
Pemulihan Jawi adalah satu usaha mengatasi masalah keciciran
pembelajaran dan kemahiran murid dalam tulisan jawi. Ia diajar oleh guru
yang dilatih khas di bawah program j-QAF. Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran mengikut modul jawi yang disediakan oleh JAPIM. Kelas
pemulihan ini dijalankan serentak dengan jadual waktu matapelajaran jawi
di sekolah.
MATLAMAT
Matlamat
matapelajaran pemulihan jawi adalah untuk membolehkan murid-murid yang
ketinggalan jawi dipulihkan dan menyertai murid-murid lain di kelas jawi
biasa.
OBJEKTIF
Setelah mengikuti kelas pemulihan jawi murid dapat :-
-Mengenal, menyebut dan menulis huruf jawi tunggal
- Mengenal, menyebut dan menulis huruf jawi bersambung
-Mengenal, membaca dan menulis suku kata terbuka
-Mengenal, membaca dan menulis suku kata tertutup
- Membaca dan menulis rangkaikata dan ayat
-Mengenal, membaca dan menulis perkataan pinjaman
-Mengenal, membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan ayat pendek
-Mengenal dan menggunakan tanda baca
-Membaca dan menulis pelbagai jenis teks mudah daripada pelbagai bahan
- Mengenal dan meniru seni khat
MODEL KHATAM AL-QURAN KE SEKOLAH MENENGAH SATU PANDANGAN
Al-Quran
adalah kalam Allah S.W.T barang sesiapa yang membacanya nescaya akan
memperolehi ganjaran pahala. Apatah lagi bagi mereka yang menjadi
murabbi atau tok guru Al Quran sudah pasti berlipat ganda pahalanya.
Bukan semua ustaz dan ustazah boleh jadi tok guru Al Quran, kalau
dahulunya (sebelum wujudnya program jQAF) di dalam kelas hanya
ditekankan ayat-ayat kefahaman dan juga hafazan sahaja tetapi kini ustaz
ustazah di kehendaki mengajar sampai khatam Al Quran, alangkah indahnya
system pendidikan hari ini kerana ingin memartabatkan dan memperkasakan
pendidikan Islam. Sekiranya kita masih diulik mimpi kerana sedapnya
tidur dalam lena dan malas bangun untuk meletakkan kehebatan diri pada
masyarakat umum sudah tentu semua orang akan menuding jari ke arah kita
di atas semua kegagalan yang dirancang.Usaha untuk meneruskan pendidikan
Al Quran di sekolah menengah adalah satu usaha yang amat baik. Sedar
atau tidak, kita hari ini hanya menekan kaedah menjawab soalan hanya
menumpukan peperiksaan semata-mata. Suasana ini pernah saya lalui ketika
saya berada dibangku sekolah suatu ketika dahulu sebagai seorang murid.
Peperiksaan penting Al Quran lagi penting. Ibu bapa tidak merasa gusar
sekiranya anaknya tidak mampu untuk membaca AlQuran. Akan tetapi
sekiranya tidak memperolehi keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan
akan merasakan sebaliknya. Mungkin apabila kehadiran Khatam AlQuran ini
akan mengganggu peperiksaan seperti PMR,SPM dan sebagainya. Adakah kita
setuju dengan kenyataan ini?Saya teringat persoalan dan kata-kata Ustaz
Ismail B Noh pensyarah IPDA semasa saya menghadiri kursus LPBS jQAF
pada tahun 2005. Dia mempersoalkan apakah yang kamu semua faham tentang
Al Quran dan disiplin Al Quran, macam macam jawapan yang diberikan.
Apabila beliau mengatakan hari ini orang sudah tidak memperdulikan Al
Quran,tiba-tiba air matanya bergenang didalam kelopak matanya sunyi
seketika dewan zaaba. Sambung beliau masyarakat sudah tidak displin
dengan Al Quran, belajar Al Quran hanya pada umur 12 tahun kebawah
sahaja apabila masuk ke sekolah menengah,university dan juga di alam
pekerjaan AlQuran sudah tidak dipelajari lagi. Adakah kita displin
dengan AlQuran. Beliau juga menceritakan bagaimana beliau menerima sanad
AlQuran dengan sheikh Al Azhar dan Al Quran tersebut beliau tidak akan
berikan kepada sesiapa hatta anaknya sendiri kecuali berguru dengannya.
Terkedu saya mendengar kata-kata Us Ismail, reality ini lah yang berlaku
pada kita semua agaknya. Sekali lagi saya tegaskan amat baik pendidikan
Al Quran atau kita sebut khatam Al Quran di teruskan di sekolah
menengah bagi memelihara disiplin Al Quran dan memastikan semua pelajar
muslim celik AlQuran.Disiplin Quran ini saya cuba nak aplikasikan di
sekolah tetapi semua orang tidak setuju dengan alasan masa tidak
mencukupi. Dalam mesyuarat saya cadangkan jadual waktu tidak di anjalkan
atau tidak berkembar. Sekiranya 4 waktu untuk AlQuran tidak dianjalkan
maka kita dapat berjumpa dengan murid tersebut selama 4 hari untuk Al
Quran. Budak tidak akan lupa sebab kita bertemu mereka setiap hari
kecuali 1 hari untuk jawi atau Ulum. Kita dulu pun belajar AlQuran di
kampung seminggu 5 kali. Bacaan AlQuran yang telah ditetapkan oleh
kementerian adalah bertepatan kerana dalam satu minggu keseluruhannya
ada 4 muka surat dan 6 muka surat. Ini bermakna sekiranya masa tidak
dianjalkan satu masa hanya satu atau dua muka surat tetapi kalu masa
dianjalkan maka setiap pertemuan hendaklah baca 2 hingga 3 muka surat.
Budak tidak mampu untuk ikut membaca 4 muka surat sekaligus. Pada saya
masa tidak pernah cukup untuk kita. Jika kita melihat system yang ada di
SRIDA setiap pagi mesti subjek Al Quran macam kita disekolah setiap
pagi mesti pendidikan jasmani. Apakah menjadi kesalahan jika kita
membaca Al Quran setiap hari di sekolah. Masalah sekarang nak letakan
waktu penddikan Islam di awal waktu pun susah, yang paling sedih di
letakan di waktu akhir pnp maka bergegas guru-guru jQAF untuk
melaksanakan kelas Tasmek diluar jadual waktu. Manakala guru-guru lain
bergegas menuju ke kenderaan masing-masing. Semua ini tidak menjadi
masalah kerana ini adalah kewajipan dan perjanjian yang dibuat semasa
memohon untukmenjadi seorang guru pendidikan Islam jQAF suatu ketika
dahulu. Apa yang pasti kita bangga dengan murid kita apabila mereka
dapat membaca AlQuran.Adakah kita sedar setiap murid yang mampu membaca
AlQuran hasil daripada penat jerih kita di sekolah ataupun kita hanya
melukut ditepi gantang dengan kita hanya meneruskan hasil usaha orang
lain. Sekiranya murid tersebut tidak mampu untuk membaca, perkataan ini
selalu diungkapkan, “budak ni balik rumah tak mengaji Quran langsung.”
Bagi saya semua ini tidak penting yang penting semua umat Islam mampu
membaca dan Khatam AlQuran. Sikap membangga diri dan menuding jari
kearah orang lain didalam menjayakan sesuatu program sudah lama ditelan
zaman. sebaliknya kita perlu bangun mengatur strategi untuk melahirkan
generasi AlQuran.Sekiranya model khatam AlQuran hanya di sekolah rendah
sahaja saya amat bimbang pelajar akan lupa AlQuran dan yang paling
membimbangkan ialah pelajar sudah tidak tahu membaca AlQuran kerana
mereka belajar AlQuran dengan menggunakan kaedah Iqra (baca terus)
berbeza dengan kaedah Baghdadi perlu mengeja terlebih dahulu. Seandainya
usaha ini di teruskan ke sekolah menengah maka kesinambungan dan
disiplin AlQuran terus terpelihara. Begitu juga dengan pelajar yang
masih tidak dapat membaca AlQuran mungkin mereka dapat dipulihkan pada
peringkat sekolah menengah. Kita juga harus sedar bahawa tidak semua
benda diatas dunia ini boleh dilaksanakan secara segera, perlu step by
step dan jangan gelojoh tetapi perlu ada target. Adalah satu usaha yang
sia-sia setelah diusahakan sekian lama di peringkat sekolah rendah
dengan memerah keringat yang ada akhirnya terkubur begitu sahaja.
Sekolah menengah yang ada kelas aliran agama hanya mengambil pelajar
yang cemerlang dan menguasai AlQuran bagaimana pula dengan pelajar yang
kurang cemerlang dan tidak dapat menguasai AlQuran ? adakah dibiarkan
begitu sahaja?. Maka sia-sia lah usaha kita selama ini. Perkara ini yang
perlu difikirkan dan saya percaya semua orang memikirkannya apatah lagi
dikalangan pegawai atasan.Oleh itu pemikiran positif perlu terkehadapan
memikirkan sesuatu kemungkinan yang akan berlaku mudah-mudahan tiada
yang akan jadi mangsa dan pemangsa ,tiada yang teraniaya dan tiada yang
menganiaya. Mudah-mudahan tiada kalam yang kurang sedap di dengar
seperti model khatam AlQuran ini menyusahkan mereka yang berada di zon
selesa. Semoga kita dapat memperkasakan pendidikan Islam dan
memartabatkannya dimata dunia.
TASMIK DULU KINI DAN SELAMANYA
Perlaksanaan
tasmek di sekolah-sekolah yang menjalankan program jQAF telah masuk
tahun yang ke lima. Namun demikian konsep perlaksanaannya masih kabur
dikalangan pihak pengurusan dan juga dikalangan guru-guru pendidikan
Islam bahkan guru-guru jqaf sendiri. Merujuk kepada pekeliling bil 13
/2004 perkara 3.3guru jqaf bertanggungjawab melaksanakan model tasmek.
Pihak sekolah boleh melantik guru Pendidikan Islam dan guru mata
pelajaran lain yang berkebolehan dan sesuai untuk menjadi pembimbing
dalam melaksanakan model ini apabila di perlukan. Akan tetapi yang
kurang sedap pihak pengurusan mengarahkan guru jqaf menyediakan jadual
dan memberi kepada guru Pendidikan Islam, seolah-olah guru jqaf yang
mengarah dan mengatur GPI dan menyebabkan perselisihan faham orang baru
mengarahkan orang lama dan menyusahkan mereka. Sekiranya guru JQAF
menyuarakan persoalan ini kepada pengurusan sekolah maka guru tersebut
akan di band oleh pihak pengurusan dan ini akan melibatkan prestasi guru
akan down. Inilah yang menjadi persoalan dikalangan pelaksana .
Ketidakhadiran
pebimbing tasmek didalam mana-mana mesyuarat samada mesyuarat
staff,PIBG, rumah sukan dan panitia akan menimbulkan cakap-cakap
belakang dikalangan rakan guru dan memperkudakan mereka yang tidak hadir
mesyuarat dengan terpaksa menerima semua keputusan yang telah di
putuskan dalam mesyuarat. Mesyuarat perlu dijalankan Tasmek mesti
dilaksanakan.
Amat sukar untuk memahamkan mereka yang tidak ingin
memahami konsep program jqaf ini. Sepanjang pemerhatian saya boleh
dikatakan majority guru tidak suka balik lambat. Oleh itu susah untuk
orang menolong kita apabila di luar waktu pnp. Sekiranya ia berlaku
didalam waktu pnp saya merasakan semua orang mahu membantu dengan syarat
mereka berada di zon selesa iaitu pulang seperti biasa loceng1:15
bergegas mencari kenderaan masing-masing, tetapi ianya adalah bersalahan
dengan dasar dan konsep perlaksanaan.
Sepanjang pengetahuan saya
,ada sesetengah sekolah melaksana tasmek didalam jadual waktu pnp biasa.
Kekurangan guru dan lambakan murid menjadi masalah utama terutama bagi
sekolah yang menjalankan persekolahan 2 seisi. Masalah yang paling besar
apabila bahasa arab juga di letakan diluar jadual waktu yang
menyebabkan guru BA jqaf tidak dapat sama-sama untuk tasmek. Penglibatan
Guru Pendidikan Islam (GPI) didalam tasmek sedikit sebanyak dapat
menyelesaikan masalah yang timbul akan tetapi apabila mereka perlu hadir
ke kelas tasmek setiap hari ini menjadi masalah bagi mereka kerana
sebelum ini mereka berada di zon selesa.
Guru- guru PPSMI yang diberi
elaun tambahan tidak perlu balik lewat sedangkan GPI tiada elaun
tambahan dibebani dengan pelbagai tugas. Bunyi sebegini pernah
kedengaran suatu ketika dahulu dengan membandingbezakan dengan orang
lain dan perbezaan DG guru jqaf dan GPI Saya memahami keadaan yang
dihadapi, tanggungjawab keluarga dan juga tanggungjawab sebagai
pendidik. Saya setuju dengan pendapat akhimizi didalam blognya kita
tidak boleh lakukan kerja dalam keadaan tetekan.sekiranya ini terjadi
maka akan memberi kesan kepada anak-anak didik. Difahamkan juga ada GPI
yang sanggup tasmek setiap hari Alhamdulillah bahagia sekolah tersebut
dan diharapkan jgn la pula guru jqaf menjadi mandom dan pemalas pula.
Ada juga GPI tidak masuk tasmek tetapi balik lewat dan sanggup duduk
saja dalam bilik guru, pening semua ini bila dengar macam-macam cerita .
Seperkara
lagi apabila murid tidak hadir kelas tasmek dengan alasan mahu ke kelas
tuisyen atau kelas AlQuran berbayar khusus bagi sekolah dalam bandar
kerana mereka lebih selesa dengan kelas tambahan di luar sekolah sebagai
contoh ada sebuah pusat pengajian Al Quran di Bandar Alor setar sangat
strait berpegang kepada peraturan yang telah di tetapkan sebelum pukul 3
petang murid-murid mesti berada di kawasan pusat pengajian tersebut.
Maka waris datang jumpa guru jqaf sendiri menyatakan persoalan demikian.
Susah juga nak selesaikan semua ini.
Macamana pula tahun hadapan
semua murid jqaf akan menduduki peperiksaan UPSR kelas tasmek atau kelas
tuisyen menjadi pilihan utama. Begitu juga dengan aktiviti Ko Kurikulum
sehingga sehari suntuk murid dan guru berada di sekolah. Kadang-kadang
ada waris menyungut kesian anak mereka terlalu letih sehari suntuk
berada di sekolah lepas tasmek terus masuk kelas KAFA malam pula terus
tidur kekadang tak sempat menyiapkan kerja rumah. Pada saya inilah sikap
orang kita yang manjakan anak yang akhirnya menimbulkan masalah pada
keluarga. Kita melihat sikap orang cina pergi ke sekolah gelap pulang
pun gelap ditambah pula dengan membawa bermacam-macam bekal yang telah
di tapau.
Dalam mengaharungi liku-liku sebagai pendidik ini lah yang
perlu ditempuhi.Ketaqwaan kesabaran kerdhoan keikhlasan menjadi tunjang
perjuangan. Saya menulis ini bukan luahan perasaan tetapi hanya untuk
menyampaikan apa saya terima daripada rakan jqaf yang lain untuk menjadi
renungan kita bersama. Mudah-mudah kita dapat mencambahkan idea demi
untuk menambahbaikan program jqaf model tasmek ini. Tiada niat untuk
mencari kesalahan dan memburukan sesiapa hanya merungkai permasalahan
yang timbul.
No comments:
Post a Comment